Tuesday, March 5, 2013

Wanita UMNO buat laporan polis berkenaan Tian Chua (PKR)

          

5th March, 2013SANDAKAN: Wanita Umno Sabah membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa menuduh insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketuanya Datuk Armani Haji Mahiruddin yang juga Ketua Wanita Umno Libaran, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bersama-sama ahli jawatankuasanya, di sini kelmarin.
Armani menegaskan bahawa Umno tidak akan membiarkan maruah anggota keselamatan dan kedaulatan Negara dicabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kita amat marah dan terkilan dengan tuduhan bahawa ini semua adalah sandiwara Umno.
Wanita Umno ingatkan Tian Chua, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Ini melibatkan nyawa rakyat dan ketenteraan awam, Umno mahupun BN bukan seperti mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat demi kepentingan peribadi,” tegas beliau.
Armani yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata Tian Chua sewajarnya mengambil sikap bertanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dan pemimpin.
“Atas dasar tanggungjawab bersama, beliau tidak perlu keruhkan keadaan sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap insiden ini.
“Jangan politikkan isu ini untuk memenuhi impian mereka,” katanya sambil menasihatkan agar Tian Chua menarik balik tuduhan itu dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.
Beliau menambah, semua pihak harus memberi sokongan dan sepenuh kepercayaan kepada anggota keselamatan.
“Perdana Menteri telah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sekarang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kita harus percaya tugas mereka dan tidak menimbulkan situasi yang lebih mencemaskan,” katanya.

sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/66466

Gambar Pengganas di Lahad Datu


Yang Pegang Mic Tu Nur Misuari(Pakar Penghasut) Sebelah Nur Misuari,Komander Sulu Khabier Malik(Komander yang ceroboh Lahad Datu).
Sumber : Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia @ Facebook

Other pictures :

Gambar Askar Tentera Sulu yang datang menceroboh di Lahad Datu.


Gambar Tentera Sulu yang terkorban.

Saturday, March 2, 2013

Peringatan Kepada Semua Rakyat Sabah


Sejarah Sabah Secara Ringkas

Sebelum British menjajah Borneo Utara, Sabah adalah milik Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.. Kesultanan Sulu adalah sebuah ke...rajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah. Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.

British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”.
Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir. Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946

Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada SABAH.

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.
 
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/767_Report%20of%20the%20Commission%20of%20EnquiryNorth%20Borneo%20&%20Sarawak%20&%20IGC%201962.pdf Report of the Commission of Enquiry, North Borneo and Sarawak, 1962 (PDF)
Graham E. Saunders (2002), A History of Brunei, RoutlegdeCurzon, p. 45, ISBN 9780700716982, capaian 2009-10-05
Palawan Tourism Council: History of Palawan di Internet Archive. Dicapai 27 Ogos 2009.
http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/Treaties/Protocol%28Madrid%29.pdf
"No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. Capaian 2012-08-01.[1], Sabah Transfer of Sovereignty From the Sultanate of Sulu to the Republic of the Philippines. Accessed March 1, 2008.
[2], Come clean on Sabah, Sulu sultan urge gov't. Accessed March 1, 2008.
[3], Philippines' Claim To Sabah. Accessed February 28, 2008.
The Star (May 29, 2008). [4]. The Star
 

Dalang Pencerobohan di Lahad Datu Dibongkar Oleh sabahkini.net

 
SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi... @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Sumber: Sabahkini.net

Surat PERMANENT LEASED(pajakan/sewa kekal) Sultan Sulu kepada kerajaan British

 
 
Surat PERMANENT LEASED(pajakan/sewa kekal) Sultan Sulu kepada kerajaan British pada 22 January 1878 dijumpai di Washington. Sejarah merungkai bahawa, beberapa kawasan di Sabah dipegang oleh Sultan Brunei suatu masa dahulu, yang mana Sultan ...Brunei memberi anugerah kepada Sultan Sulu, kemudian dipajak secara kekal kepada pihak British (automatik di bawah jajahan Bristish) dan kemudiannya British telah memberi kemerdekaan kepada Sabah dan akhirnya Sabah mengambil keputusan untuk bergabung dan bernaung dengan satu panji di bawah sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

Sumber : Facebook

 

Sultan Sulu Menuntut Sabah


Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang ada...lah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH


Sumber : Facebook